
Daftar akaun anda di www.ppam.gov.my. Kata laluan akan dihantar ke e-mel dan SMS
PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
Semua penjawat awam warganegara Malaysia boleh memohon termasuk kontrak atau telah bersara.
Semua penjawat awam boleh memomhon, sama ada yang telah atau belum memiliki rumah. Tawaran akan diutamankan kepada pemohon yang belum memiliki rumah.
Semua penjawat awam boleh memohon tanpa megambil kira pendapatan bulanan. Tawaran akan diutamakan kepada pemohon yang berpendapatan bulanan di bawah RM10,000 (gaji pokok individu sahaja).
Semua penjawat awam boleh memohon mana-mana projek PPAM. Tawaran akan diutamakan kepada pemohon yang bekerja di kawasan berdekatan lokasi projek PPAM yang dipohon.
Moratorium selama 10 thahun akan dikenakan yang mana rumah PPAM yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak.
Pemohon boleh memohon lebih daripada satu projek PPAM. Jika berjaya, hanya satu rumah PPAM sahaja yang akan ditawarkan bagi satu isi rumah.
Pemohon boleh memohon projek PPAM dalam tempoh iklan projek tersebut dibuka sahaja.
Pemohon tidak diistihar muflis.
Daftar akaun anda di www.ppam.gov.my. Kata laluan akan dihantar ke e-mel dan SMS
Lihat pelancaran projek-projek terbaru di laman web PPAM
Log masuk di apps.ppam.gov.my/login untuk memohon
Pilih projek PPAM dan jenis rumah berdasarkan kelayakan pembiayaan kewangan anda
Pengundian/pemilihan pembeli akan dilaksanakan mengikut kaedah yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Penawaran PPAM
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel, SMS, dan paparan di laman web PPAM
Bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah hendaklah disediakan semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli
Pembiayaan menggunakan pinjaman Kerajaan atau bank / institusi kewangan hendaklah mendapat kelulusan dalam tempoh 2 bulan selepas menandatangani Perjanjian Jual Beli
Sebaik sahaja perakuan rumah siap diperolehi dan semua dokumen lengkap ditandatangani, kunci dan rumah anda akan diserahkan secara rasmi
NO. 40, Jalan Sri Perkasa 1/3,
Taman Tampoi Utama, Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Copyright © 2023 YPJ BUILDERS SDN. BHD. All Rights Reserved.