Berita Terkini


AKTIVITI – AKTIVITI TAHUN 2019


MAJLIS RAMAH MESRA PPAM BANDAR AKADEMI YPJ

Majlis Ramah Mesra bersama pembeli dan bakal pembeli PPAM Bandar Akademi YPJ telah dilaksanakan pada 4 Ogos 2019. Disamping itu, perasmian Logo Taman YPJ telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn. Bhd. iaitu Tuan Haji Salehuddin bin Hassan.



AKTIVITI – AKTIVITI TAHUN 2018


KARNIVAL PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR 2018

Karnival Perumahan dan Hartanah Johor telah dilaksanakan di Plaza Angsana pada 23 – 25 November 2018. Karnival dirasmikan oleh YB Sr. Hj. Dzulkefly bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar.

 


KARNIVAL PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR

Karnival Perumahan Dan Hartanah Johor dilangsungkan di Plaza Angsana Johor Bahru pada 20 hingga 22 April 2018.

 

 


FIESTA NBOS MESRA RAKYAT SEGAMAT 2018

Fiesta NBOS Mesra Rakyat Segamat berlansung di Padang Awam Jementah Segamat yang di rasmi kan oleh Menteri Kesihatan Malaysia YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

 

 


MAJLIS AMANAT MB 2018

Majlis Amanat 2018 telah dilangsungkan di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

 

 

 


AKTIVITI – AKTIVITI TAHUN 2017


mei_17

Pameran Hartanah NSTP MyRumah

Pameran Hartanah NSTP MyRumah telah berlangsung pada 5 – 7 Mei 2017 di Komtar JBCC, Johor Bahru.

 

 


mac_17

Karnival Perumahan dan Hartanah Negeri Johor 2017

Karnival Perumahan dan Hartanah Negeri Johor 2017 telah berlangsung pada 10 Mac 2017 sehingga 12 Mac 2017 di Angsana Mall, Johor Bahru.

 

 

 


AKTIVITI – AKTIVITI TAHUN 2016


dis-16-18

Ekspo Jelajah Hartanah Johor 2016 Siri Batu Pahat

Ekspo Jelajah Hartanah Johor 2016 Batu Pahat yang berlangsung pada 16 Disember 2016 sehingga 18 Disember 2016 di Square One, Batu Pahat telah dirasmikan oleh YB  Dato’ Zulkarnain Bin Hj Kamisan, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan & Warisan mewakili YB Dato’ Abd. Latif Bin Nor Sebandi, Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan.

 

 


Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) Melaka
Lawatan booth PPA1M oleh YB Datuk Ar. Haji Ismail bin Haji Othman, Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Melaka.

 

 

 


Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Tun Kudu Melaka
Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Tun Kudu Melaka telah dimeterai. Tanah seluas 64 ekar di Ayer Molek bakal menempatkan 620 unit rumah teres berharga RM288,550.

Sumber gambar dari malaysiaaktif

 



Perlancaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bandar Akademi YPJ

Pelancaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bandar Akademi YPJ telah dilaksanakan pada 18 Oktober 2016, bersempena dengan Majlis Perasmian Pembangunan Hab Kemahiran Johor yang dirasmikan oleh Y. A. B. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Mohamed Khalid bin Nordin, Menteri Besar Johor turut serta menghadiri majlis ini. Pendaftaran kini telah dibuka di sini.


mei-16

Lawatan tapak Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Pengerang

Lawatan tapak oleh YBhg. Tan Sri Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, pada 16 Mei 2016 di Tapak Projek Pembangunan PPA1M Pengerang.