Pengenalan PPAM

  •   Pengenalan

    PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
    Pada 1 Oktober 2014, Unit PPAM, JPM ditubuhkan bagi mengambil alih peranan yang dimainkan oleh UKAS, JPM. Penubuhan Unit ini adalah untuk memberi perhatian khusus di dalam merancang, mengawal pelaksanaan program dan memantau projek-projek PPAM. Dengan kewujudan Unit ini, peranan Agensi Pelaksana diambil alih oleh Unit PPAM, JPM. Agensi Pelaksana lain adalah YPJ Builders Sdn. Bhd. (YPJB) bagi Wilayah Johor.

      Objektif

    Perumahan Penjawat Awam Malaysia PPAM (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

  • syarat-ppa1m

     

     

  •  

    syarat-pemohon-ppa1m

     

  • Pendaftaran

    Daftar akaun anda di www.ppa1m.gov.my. Kata laluan akan dihantar ke e-mel dan SMS

    arrow
    Pelancaran

    Lihat pelancaran projek-projek terbaru di laman web PPAM

    arrow
    Permohonan

    Log masuk di apps.ppa1m.gov.my untuk memohon

    arrow
    Pemilihan Projek

    Pilih projek PPAM dan jenis rumah berdasarkan kelayakan pembiayaan kewangan anda

    arrow
    P
    engundian/Pemilihan

    Pengundian/pemilihan pembeli akan dilaksanakan mengikut kaedah yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Penawaran PPAM

    arrow
    Penawaran

    Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel, SMS, dan paparan di laman web PPAM

    arrow
    Perjanjian Jual Beli

    Bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah hendaklah disediakan semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli

    arrow

    Pembiayaan

    Pembiayaan menggunakan pinjaman Kerajaan atau bank / institusi kewangan hendaklah mendapat kelulusan dalam tempoh 2 bulan selepas menandatangani Perjanjian Jual Beli

    arrow

    Penyerahan Kunci

    Sebaik sahaja perakuan rumah siap diperolehi dan semua dokumen lengkap ditandatangani, kunci dan rumah anda akan diserahkan secara rasmi