Ekspo Jelajah Hartanah Johor 2016 Siri Batu Pahat

Ekspo Jelajah Hartanah Johor 2016 Batu Pahat yang berlangsung pada 16 Disember 2016 sehingga 18 Disember 2016 di Square One, Batu Pahat telah dirasmikan oleh YB Dato’ Zulkarnain Bin Hj Kamisan, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan & Warisan mewakili YB Dato’ Abd. Latif Bin Nor Sebandi, Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) Melaka

Lawatan booth PPA1M oleh YB Datuk Ar. Haji Ismail bin Haji Othman, Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Melaka.
Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Tun Kudu Melaka

Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Tun Kudu Melaka telah dimeterai. Tanah seluas 64 ekar di Ayer Molek bakal menempatkan 620 unit rumah teres berharga RM288,550. Sumber gambar dari malaysiaaktif
Perlancaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bandar Akademi YPJ

Pelancaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Bandar Akademi YPJ telah dilaksanakan pada 18 Oktober 2016, bersempena dengan Majlis Perasmian Pembangunan Hab Kemahiran Johor yang dirasmikan oleh Y. A. B. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Mohamed Khalid bin Nordin, Menteri Besar Johor turut serta menghadiri majlis ini. Pendaftaran […]
Lawatan tapak Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Pengerang

Lawatan tapak oleh YBhg. Tan Sri Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, pada 16 Mei 2016 di Tapak Projek Pembangunan PPA1M Pengerang.